Sistem pengesahan dwi-faktor telah menjadi salah satu bentuk pengesahan untuk akaun oleh beberapa penyedia perkhidmatan web, termasuk Google, Apple, dan sebagainya. Kini, ia dikatakan pihak Twitter turut sama sedang dalam proses mebangunkannya dan akan memperkenalkan kepada pengguna tidak lama lagi.
Melalui sistem pengesahan dwi-faktor, ia membolehkan akaun pengguna lebih selamat dan sukar untuk diceroboh berbanding kebiasaan. Ia akan memerlukan pengguna untuk memasukkan kata laluan, dan kemudiannya sebuah kod khas yang dihantar ke SMS atau lain-lain medium.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Twitter akan memperkenalkannya. Namun, dengan pelbagai laporan berkenaan beberapa akaun Twitter yang digodam akhir-akhir ini, semestinya sokongan ini akan dinantikan oleh para pengguna seluruh dunia.