Pro Evolution Soccer boleh dikatakan merupakan salah satu permainan simulasi bola sepak yang popular di dunia selain daripada FIFA. Kini, pihak Konami telah pun mengumumkan kerjasama dengan pihak AFC, sekaligus membawakan Liga Kejohanan AFC ke dalam permainan PES.
Seperti kebanyakkan liga lain, Liga AFC ini akan hadir dalam bentuk mod khas, membolehkan pemain memilih antara 32 pasukan, dan memainkannya pada konsol mereka.
Ia tidak diketahui lagi versi PES manakah yang akan menyertakannya. Mungkinkah kita akan melihatnya pada PES 2014?