Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah memulakan inisiatif AOSP untuk Xperia S, dan kini mereka terus memperluaskan inisiatif mereka dengan memperkenalkannya untuk Xperia Z, sekaligs memberikan peluang kepada pemilik peranti Xperia Z menggunakan Android versi Vanilla tanpa sebarang penambahan daripada pihak ketiga.

Xperia Z dan Xperia ZL

Walaubagaimanapun, memandangkan beberapa fail adalah bukan sumber terbuka, terutamanya yang berkaitan dengan cip dan sebagainya, maka ia akan dikeluarkan oleh Sony dalam bentuk perlesenan terhad.

Seperti biasa, versi ini disediakan oleh Sony dalam bentuk pembangunan, dan masih tidak stabil sepenuhnya. Beberapa aplikasi dan perkhidmatan juga tidak disertakan buat masa ini. Namun, beberapa sokongan seperti kad-SD, WiFi, Bluetooth, GPS dan sebagainya berfungsi tanpa masalah buat masa ini.

Bagi pembangun yang ingin menyumbang dalam pembangunan AOSP untuk Xperia Z boleh ke halaman rasmi GitHub, selain mengikuti pembangunanya melalui halaman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd