Nokia Memperkenalkan Asha 210 – Peranti QWERTY Dengan Fokus Sosial

Nokia Memperkenalkan Asha 210 – Peranti QWERTY Dengan Fokus Sosial

Diterbitkan pada Apr 24, 2013 oleh .

Setelah memperlihatkan gambar promosi sebelum ini, hari ini pihak Nokia secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti daripada keluarga Asha mereka, iaitu Nokia Asha 210.

Nokia Asha 210

Nokia Asha 210 hadir dalam lima warna berbeza dengan pilihan sokongan dwi-SIM. Ia juga didatangkan dengan papan kekunci fizikal QWERTY, serta memfokuskan sepenuhnya kepada sokongan sosial. Daripada apa yang dilihat, ia turut menyertakan sebuah kekunci khas untuk WhatsApp. Pembelian peranti ini juga dikatakan akan didatangkan dengan langganan percuma sepanjang hayat untuk WhatsApp, berbeza dengan penggunaan WhatsApp pada platform lain.

Peranti ini dikatakan akan mula dijual bermula penghujung suku kedua 2013 ini, dan berharga $72 (~RM220).


TIPS & ULASAN