Samsung Malaysia Mengumumkan Pelancaran Galaxy Note 8.0 Secara Rasmi

Samsung Malaysia Mengumumkan Pelancaran Galaxy Note 8.0 Secara Rasmi

Diterbitkan pada Apr 24, 2013 oleh .

Sejak minggu lepas, kita telah dapat melihat beberapa penjual peranti tempatan menjual tablet terbaru daripada Samsung iaitu, Samsung Galaxy Note 8.0, dan hari ini, Samsung Malaysia secara rasminya mengumumkan pelancaran peranti berkenaan di pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy Note 8.0

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 8.0 membawakan skrin bersaiz 8-inci WXGA TFT, cip pemprosesan 1.6GHz empat-teras, memori 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,600mAh. Membezakan Galaxy Note 8.0 dengan pelbagai tablet lain adalah sokongan S-Pen yang mana membawakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

Samsung Galaxy Note 8.0 ditawarkan pada harga saranan RM1699 di Malaysia, tetapi kami telah melihat beberapa penjual yang menawarkannya pada harga lebih murah.

Jadi, adakah anda berminat untuk mendapatkannya?

Baca : Pandang Pertama Galaxy Note 8.0


TIPS & ULASAN