Cari @ Amanz

Selain daripada pihak DiGi, nampaknya UMobile juga telah bersedia untuk mulakan jualan Samsung Galaxy S4 pada penghujung minggu ini, dimana melalui pelan yang disediakan mereka, peranti berkenaan ditawarkan pada harga bermula RM899.

Samsung Galaxy S4

Untuk menjayakan pelancaran ini juga, pihak UMobile bakal mengadakan promosi di tiga lokasi, iaitu Berjaya Times Square, UMobile Outlet Ipoh Parade dan juga UMobile Outlet Seremban Parade, dimana sekiranya anda merupakan 200 orang pelanggan utama yang mendaftarkan diri untuk mendapatkan peranti berkenaan, anda akan menerima rebat RM100, sekaligus menjadikan harga peranti berkenaan serendah RM799.

UMobile - Galaxy S4

Samsung Galaxy S4 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, membawakan skrin bersaiz 5-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan Exynos5 Octa. Peranti ini bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari Sabtu ini, 27 April pada harga jualan saranan RM2199.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd