Razer Hadir Dengan Perkhidmatan Chat Dalam Bentuk Beta – Razer Comms

Razer Hadir Dengan Perkhidmatan Chat Dalam Bentuk Beta – Razer Comms

Diterbitkan pada Apr 24, 2013 oleh .

Razer CommsBagi mereka yang gemar memainkan permainan, mungkin mempunyai beberapa aplikasi kegemaran mereka yang digunakan untuk bersembang dengan rakan-rakan lain seperti Teamspeak dan sebagainya. Kini, pihak Razer turut sama memasuki arena tersebut, melalui sebuah aplikasi baru dipanggil Razer Comms.

Razer Comms masih lagi pada peringkat beta, dimana ia menawarkan bukan sahaja sokongan chat dalam bentuk teks, tetapi juga dalam bentuk audio. Menariknya mengenai Razer Comms ialah dimana pengguna turut sama boleh membukanya dalam permainan dalam bentuk tetingkap penuh ataupun hanya sekadar melihat ticker berkenaan apakah chat terbaru dan sebagainya.

Memandangkan kebanyakkan permainan sedia mempunyai sokongan chat terbina, mungkin ia tidak mendapat permintaan tinggi. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun Razer Comms


TIPS & ULASAN