Apple Bakal Mengadakan WWDC Pada 10 Jun 2013

Apple Bakal Mengadakan WWDC Pada 10 Jun 2013

Diterbitkan pada Apr 24, 2013 oleh .

WWDC 2013Setiap tahun, salah satu acara yang dinantikan para peminat dan pembangun untuk platform Apple, adalah acara Worldwide Developers Conference (WWDC), dan kini pihak Apple telah mengumumkan yang mana ia akan diadakan pada 10 Jun hingga 14 Jun pada tahun ini.

Jualan tiket WWDC 2013 pula akan bermula esok, dan mungkin bagi mereka yang ingin mendapatkannya perlu bersedia awal, memandangkan pada tahun lepas ia habis dijual dalam tempoh kuran 2 jam.

Seperti biasa, melaluinya kelak mungkin kita akan dapat melihat pengumuman beberapa perkara baru mengenai platform iOS dan juga OS X, selain beberapa peranti baru daripada pihak Apple.


TIPS & ULASAN