Cari @ Amanz

Apple SK1 2013Apple hari ini telah pun mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk tiga bulan pertama tahun 2013 ini, sekaligus berkongsi beberapa statistik berkenaan dengan jualan peranti mereka sepanjang tempoh tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Apple, sebanyak 37.4 juta iPhone telah terjual pada suku tahun pertama 2013, dimana memperlihatkan peningkatan berbanding tahun lepas yang hanya menjana sebanyak 35.1 juta jualan sahaja.

Disamping itu, iPad pula mencatatkan angka jualan sebanyak 19.5 juta, berbanding dengan 11.8 juta pada tahun lepas. Apple tidak mengasingkan angka jualan iPad dan juga iPad Mini, sekaligus membuatkan ramai tidak mengetahui akan berkenaan dengan adakah iPad bersaiz 9.7-inci mereka masih mempunyai permintaan tinggi ataupun sebaliknya.

Dari segi jualan Mac pula, ia kelihatan menurun, dimana kurang daripada 4 juta Mac terjual, berbanding tahun lepas yang menjana jualan sebanyak 4 juta unit.

Jualan iPod juga kelihatan menurun, dimana hanya sekitar 5.6 juta unit terjual berbanding dengan 7.6 juta pada tahun lepas.

Dari segi angka pengguna iCloud, Apple mengatakan kini ia berjumlah lebih 300 juta pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd