Cari @ Amanz

Pada bulan Mac yang lepas, pihak Sony Mobile telah memperkenalkan dua peranti baru mereka dengan spesifikasi pertengahan, dimana salah satunya adalah Xperia SP. Menariknya kini setelah lebih sebulan, peranti tersebut turut ditawarkan penjual tempatan pada harga RM1200.

xperia-sp

Xperia SP merupakan peranti berasaskan Android, membawakan skrin bersaiz 4.6-inci, kamera belakang 8-megapixel, dijana menggunakan cip pemprosesan 1.7GHz, dan bateri berkapasiti 2370mAh.

Seperti rekaan peranti Sony untuk tahun 2013 ini, Xperia SP turut sama membawakan butang kuasa ikonik, selain turut menyertakan butang yang didedikasikan untuk rakaman gambar.

Peranti ini kini ditawarkan oleh beberapa penjual di Malaysia, dimana dijual pada harga RM1200. Pihak Sony Mobile Malaysia masih belum mengumumkan harga jualan saranan secara rasmi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd