Cari @ Amanz

Seperti pelbagai ura-ura dan desas-desus sebelum ini, kini pihak Microsoft telah pun mula menghantar jemputan kepada pelbagai media antarabangsa untuk hadir menonton pengenalan Xbox generasi baru mereka pada 21 Mei kelak (22 Mei waktu Malaysia).

Xbox Baru

Xbox generasi baru merupakan salah satu konsol yang dinantikan ramai, apatah lagi setelah Sony mengumumkan akan menjual konsol PlayStation 4 pada penghujung tahun ini.

Buat masa ini, apakah yang akan dibawakan oleh Xbox generasi baru kelak masih tidak diketahui. Namun satu perkara yang pasti adalah ia akan menyertakan sokongan Kinect yang mungkin dikemaskini oleh pihak Microsoft dengan pelbagai perkara baru.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan Xbox generasi baru oleh Microsoft pada bulan Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd