Microsoft Menyenaraikan Surface RT Pada Harga RM1549 Untuk Pasaran Malaysia

Microsoft Menyenaraikan Surface RT Pada Harga RM1549 Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Apr 25, 2013 oleh .

Hari ini, Microsoft Malaysia bakal melancarkan Surface RT secara rasmi untuk pasaran Malaysia, sekaligus membawakan tablet berasaskan Windows RT yang dinantikan ramai ke pasaran tempatan. Pelancaran rasminya akan berlaku sekitar 7 petang waktu tempatan.

Surface RT Malaysia

Spesifikasi Surface RT
Sistem Operasi Windows RT
Skrin 10.6-inci ClearType HD (1366×768 pixel)
Storan 32GB/64GB. Sokongan mikroSD dan USB 2.0
CPU NVIDIA Tegra 3 empat-teras.
Memori 2GB RAM
Kamera 2 kamera depan belakang HD 720p LifeCams

Tetapi, lebih awal daripada itu, ia kelihatan pihak Microsoft telah pun sedia mengemaskini halaman rasmi Surface, dan menyenaraikan Surface RT untuk pasaran tempatan, pada harga bermula RM1549 untuk Surface RT.

Selain daripada itu, beberapa aksesori turut sama disenaraikan, termasuk Touch Cover pada harga RM379 dan Type Cover pada harga RM409. Surface RT akan ditawarkan melalui tiga penjual tempatan, iaitu Thunder Match, Challenger dan juga Harvey Norman.

Selain daripada Surface RT, pihak Microsoft juga turut sama telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk Surface Pro sebelum penghujung Jun ke pasaran tempatan.

Baca : Pandang Pertama – Surface RT


TIPS & ULASAN