Zalora Kini Menyediakan Aplikasi Rasmi Untuk iPhone

Zalora Kini Menyediakan Aplikasi Rasmi Untuk iPhone

Diterbitkan pada Apr 25, 2013 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna tempatan, mungkin sedia mengetahui akan laman jual-beli pakaian dan aksesori terkemuka, Zalora. Setelah hanya memfokuskan kepada versi web sebelum ini, kini mereka turut sama menawarkan aplikasi khas untuk pengguna iOS.

Zalora iPhone

Melalui aplikasi Zalora ini, pengguna boleh membuat carian pelbagai jenis produk, serta melihat informasi penuh mengenainya terus daripada peranti mudah-alih anda, disamping pada masa yang sama turut didatangkan dengan sokongan notifikasi berkenaan dengan promosi-promosi terbaru daripada Zalora.

Bagi pengguna Zalora yang berminat dan sering melakukan pembelian pada laman tersebut, mungkin boleh menyemak aplikasi mereka, dan memuat-turunnya ke peranti iPhone atau iPod Touch anda hari ini.

Muat-Turun Aplikasi Zalora untuk iPhone


TIPS & ULASAN