Lanjutan daripada semalam, hari ini pihak Sony Mobile Malaysia telah pun mengumumkan tawaran tiga peranti terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Xperia SP, Xperia E dan juga Xperia E Dual.
Xperia SP | RM1299 |
Xperia E | RM499 |
Xperia E Dual | RM559 |
Xperia SP membawakan rekabentuk yang premium melalui skrin bersaiz 4.6-inci, sokongan rangkaian LTE, pemindahan kandungan melalui NFC, serta kamera 8-megapixel dengan sokongan Exmor-RS. Xperia SP ditawarkan dalam dua warna, iaitu hitam dan putih (merah akan datang), dan dijual pada harga saranan RM1299.
Xperia E pula merupakan peranti mampu milik daripada Sony, dimana membawakan skirn bersaiz 3.5-inci, bateri berkapasiti 1500mAh, cip pemprosesan 1Ghz Snapdragon, kamera belakang 3.2-megapixel dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean. Xperia E ditawarkan dalam variasi warna hitam, putih dan merah pada harga RM499.
Variasi Xperia E Dual dengan sokongan dwi-SIM turut ditawarkan pada harga RM559 di Malaysia dalam variasi warna hitam dan emas. Dari segi sistem operasi, Xperia E Dual didatangkan dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan kemaskini Jelly Bean akan diperkenalkan untuknya.
Kesemua peranti ini boleh didapati dari pengedar rasmi Sony Mobile seluruh negara bermula esok – 26 April 2013.