Cari @ Amanz

Ubuntu 13.04 telah melalui beberapa fasa pembangunan sebelum ini, dan hari ini ia sedia untuk dimuat-turun dan digunakan oleh semua pengguna seluruh dunia. Salah satu fokus utama yang diberikan oleh pihak Ubuntu melalui sistem operasi terbaru mereka adalah penambah-baikkan prestasi dan grafik melaluinya.

Menurut pihak Ubuntu sendiri, sistem operasi yang dikenali dengan nama Raring Ringtail ini merupakan sistem operasi Ubuntu terpantas buat masa ini. Dengan fokus pihak Ubuntu yang turut ingin membawa sistem operasi berkenaan ke platform mudah-alih, melalui Ubuntu 13.04 ini mereka turut sama menambah baik prestasi sistem operasi, dan menguruskan memori dengan lebih baik lagi.

Bersama-sama Ubuntu 13.04, Unity 7 turut hadir yang mana membawakan kemaskini dari segi ikon, tetingkap pengurusan fail, serta beberapa kemaskini yang lain. Selain Unity, pelbagai perisian dan aplikasi sumber terbuka turut disertakan, termasuk LibreOffice 4, Firefox 20, Thunderbird 17, dan beberapa yang lain.

Bagi mereka yang berminat, boleh menyemak halaman muat-turun Ubuntu hari ini, dan sekiranya anda menggunakan komputer berasaskan Windows 8, pihak Ubuntu menyediakan sedikit langkah-langkah untuk menjalankan Ubuntu menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd