LG Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Skrin Fleksibel Pada Tahun Ini

LG Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Skrin Fleksibel Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 25, 2013 oleh .

Skrin fleksibel pada peranti mudah-alih telah diperlihatkan beberapa kali sebelum ini, dan hari ini pihak LG berkongsi mengatakan mereka akan hadir dengan telefon pintar yang menggunakan skrin OLED fleksibel, seawal suku ke-empat 2013 ini.

Samsung - Skrin OLED Fleksibel

Buat masa ini, bagaimanakah rekabentuknya masih tidak diketahui, tetapi ramai membuat spekulasi mengatakan ia mungkin hanya sekadar membawakan skrin dengan sedikit bahagian melengkung, sepertimana yang diperlihatkan Samsung sebelum ini.

Perkara ini adalah kerana pelbagai komponen lain masih belum bersedia sepenuhnya untuk membolehkan pengeluar hadir dengan telefon pintar yang fleksibel sepenuhnya.

Selain daripada LG, semestinya Samsung juga mungkin akan hadir dengan peranti yang lebih kurang sama, tetapi pihak Samsung masih tidak memberikan sebarang tempoh masa.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh LG melalui peranti terbaru mereka kelak.


TIPS & ULASAN