32GB | RM1549 |
32GB + Touch Cover | RM1849 |
64GB | RM1849 |
64GB + Touch Cover | RM2149 |
Touch Cover | RM379 |
Type Cover | RM409 |
Wedge Touch Mouse | RM219 |
Hari ini, Microsoft Malaysia secara rasminya telah melancarkan tablet Windows RT yan dinantikan ramai, iaitu Surface RT, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk mendapatkan ia pada harga bermula RM1549.
Menariknya, ketika pelancaran untuk memperlihatkan ketahanan badan Surface RT yang lebih baik berbanding pelbagai tablet lain, Microsoft memperlihatkan ia untuk digunakan sebagai skateboard dan berdiri diatasnya.
Surface RT dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 empat-teras, memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.6-inci dengan resolusi 1366×768 pixel. Ia turut dilengkapi dengan kamera hadapan dan belakang dengan sokongan rakaman HD 720p.
Di Malaysia, pengguna yang berminat boleh mendapatkan Surface RT melalui tiga penjual rasmi, iaitu Thunder Match, Challenger dan juga Harvey Norman.
Selain Surface RT, seperti semua sedia maklum, pihak Microsoft berkongsi mengenai Surface Pro, mengatakan ia akan hadir untuk pasaran Malaysia sebelum penghujung Jun 2013 ini.