Carian
Maxis Menawarkan Akses Twitter Mobile Secara Percuma Sehingga 15 Julai
April 25, 2013 Aman

Bagi para pengguna Hotlink yang gemar menghantar dan membaca Tweet rakan-rakan lain, kini Maxis membawakan berita gembira, dimana mereka menawarkan akses percuma untuk Twitter Mobile sehingga 15 Julai 2013 kelak.

Maxis - Freezone Twitter Mobile

Untuk menggunakannya, para pengguna hanya perlu mengakses laman mobile.twitter.com menggunakan pelayar web pada peranti mudah-alih mereka, dan menggunakannya tanpa sebarang caj.

Tawaran ini disediakan untuk pengguna Hotlink untuk akses melalui pelayar web sahaja, dan caj dikenakan sekiranya diakses melalui aplikasi mudah-alih Twitter.

  • Pastikan anda matikan pelbagai aplikasi lain ketika menggunakannya untuk mengelakkan sebarang caj tambahan. Kandungan pihak ketiga melalui Twitter (seperti pautan gambar dan sebagainya) juga mungkin dikenakan caj.
Komen