Sony Hadir Dengan Video Khas Memfokuskan Alat Kawalan Untuk Konsol PS4

Sony Hadir Dengan Video Khas Memfokuskan Alat Kawalan Untuk Konsol PS4

Diterbitkan pada Apr 25, 2013 oleh .

Ketika pengumuman PlayStation 4 tempoh hari, pihak Sony hanya sekadar memperlihatkan alat-kawalan permainannya sahaja, dan kini mereka berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan dengan alat-kawalan DUALSHOCK 4 mereka melalui sebuah video khas.

Sony DualShock 4

Untuk membangunkan alat-kawalan permainan terbaru ini, Sony mengatakan mereka telah mengumpulkan maklumbalas daripada pelbagai pihak. Ia juga turut sama menyertakan pelbagai fungsi menarik, termasuk kebolehan mengetahui dari kedudukan manakah pengguna sedang memainkan sesuatu permainan dan sebagainya.

PlayStation DUALSHOCK 4 Controller juga turut menyertakan ruangan untuk audiojack serta sokongan touchpad terbina pada ia. Salah satu butang khas yang turut disertakan pada alat kawalan ini adalah butang “Share” membolehkan pengguna melakukan perkongsian dengan rakan-rakan lain dengan pantas, dan menjadikan ia lebih sosial lagi.

Konsol terbaru daripada Sony ini, iaitu PlayStation 4 dijangka akan dijual pada penghujung tahun ini, dan semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah rekabentuk konsol itu sendiri, serta fungsi tambahan yang dibawakan melaluinya.


TIPS & ULASAN