Ubuntu 13.10 Akan Menggunakan Nama Kod “Saucy Salamander”

Ubuntu 13.10 Akan Menggunakan Nama Kod “Saucy Salamander”

Diterbitkan pada Apr 25, 2013 oleh .

SalamanderBersama-sama dengan pelancaran Ubuntu 13.04 beberapa jam lepas, kini Mark Shuttleworth turut sama mengumumkan nama kod untuk versi sistem operasi Ubuntu akan datang, iaitu 13.10. Melalui sebuah artikel ringkas, Mark mengatakan ia akan dikenali dengan nama kod “Saucy Salamander”.

Mengikut tempoh pembangunan enam bulan, Saucy Salamander akan hadir pada bulan Oktober 2013 ini, dan akan turut sama membawakan pelbagai kemaskini dan sokongan Ubuntu Touch untuk peranti mudah-alih.

Melalui Wikipedia, Salamander adalah salah satu spesis amfibia, dimana kelihatan menyerupai cicak. Mark mengatakan pemilihan tersebut selari dengan platform Ubuntu yang boleh disesuaikan untuk pelbagai peranti, apatah lagi dengan Ubuntu Touch yang kaan membawakan aplikasi baru, SDK baru, dan juga antaramuka yang lebih kemas lagi.


TIPS & ULASAN