Tiket WWDC 2013 Habis Dijual Dalam Kurang 2 Minit

Tiket WWDC 2013 Habis Dijual Dalam Kurang 2 Minit

Diterbitkan pada Apr 26, 2013 oleh .

WWDC 2013Apple telah mengumumkan WWDC akan diadakan pada 10 Jun 2013 kelak, dan hari ini mereka mencipta rekod tersendiri apabila kesemua tiket untuk acara WWDC 2013 habis dijual dalam masa kurang 2 minit.

Dengan lebih ramai menggunakan tablet dan telefon pintar, semestinya ramai pembangun tidak ingin ketinggalan dalam mendapatkan panduan terus daripada pakar-pakar di Apple melalui WWDC kelak.

Selain itu, mengikut beberapa laporan, ia juga terdapat kemungkinan untuk pihak Apple memperkenalkan sistem operasi iOS dan juga OS X terbaru mereka melalui acara tersebut.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Apple melalui WWDC pada bulan Jun kelak.


TIPS & ULASAN