Vine Untuk Android Akan Datang Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 26, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan Januari yang lepas, pihak Twitter telah memperkenalkan salah satu aplikasi khas untuk pengguna iOS, dinamakan sebagai Vine. Setelah beberapa bulan, kini ia dikatakan aplikasi tersebut akan hadir untuk Android tidak lama lagi.

Aplikasi Vine memfokuskan kepada perkongsian video, dimana menggunakannya, para pengguna boleh merakam video selama 6.5 saat dan kongsikan ia melalui Twitter dan bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Sejak diperkenalkan, ramai yang hadir dengan kreativiti masing-masing, disamping ia turut digunakan untuk mempromosi filem dan sebagainya.

Buat masa ini tiada tarikh pasti yang diberikan. Namun, dengan pelancaran aplikasi Android untuk Vine, kita akan dapat melihat ia berkembang dengan lebih drastik lagi, dan lebih banyak kandungan berbentuk video akan dikongsikan melaluinya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami