Turut menyokong paparan Retina
Setelah tidak dikemaskini sejak tahun 2011 yang lepas, kini pihak Twitter memberikan perhatian kembali kepada aplikasi Twitter untuk Mac, dimana hari ini mereka mengemaskininya dengan menambah beberapa sokongan baru pada aplikasi berkenaan.
Twitter untuk Mac kini didatangkan dengan sokongan paparan Retina, selain mana kini pengguna turut sama boleh menggunakannya dalam pilihan Bahasa Malaysia.
Twitter sendiri dilihat komited dalam memperkenalkan beberapa kemaskini untuk aplikasi berkenaan, apatah lagi dengan beberapa sokongan TweetDeck yang dimatikan, mereka boleh memfokuskan sepenuhnya kepada beberapa aplikasi rasmi Twitter lain.
Selain daripada Twitter untuk Mac, pengguna Mac OS X juga turut mempunyai beberapa pilihan termasuk salah satu yang popular adalah Tweetbot.
- Muat Turun
- Muat-Turun Twitter untuk Mac