Google Kini Memudahkan Pengguna Membuka Fail Microsoft Office Terus Pada Chrome

Google Kini Memudahkan Pengguna Membuka Fail Microsoft Office Terus Pada Chrome

Diterbitkan pada Apr 26, 2013 oleh .

Pada hari ini, pengguna mungkin sedia maklum Google Chrome menyertakan sokongan memaparkan dokumen PDF secara terus pada pelayar web tanpa sebarang perisian pihak ketiga. Kini, nampaknya Google turut merancang untuk melakukan perkara sama untuk fail dan dokumen Microsoft Office.

Chrome Office Viewer

Buat masa ini, ia tidak didatangkan terbina dan memerlukan pengguna memasang Chrome Office Viewer yang mana masih lagi pada peringkat beta. Namun, untuk menggunakannya, pengguna perlu menggunakan pelayar web Chrome Beta.

Melalui Chrome Office Viewer, pengguna boleh terus melihat dokumen Word, Excel dan juga PowerPoint terus menggunakan pelayar web Chrome, walaupun tanpa akses internet.

Perkara ini semestinya mengembirakan ramai pengguna yang bergantung kepada pelayar web untuk menyiapkan pelbagai tugasan, termasuk pengguna Chromebook seluruh dunia.

Muat-Turun Chrome Office Viewer (Beta)


TIPS & ULASAN