Cari @ Amanz

Samsung sedia dikenali dengan jenama Galaxy untuk peranti Android mereka, dan hari ini mereka menyelarikan penggunaan nama jenama untuk keluarga peranti Windows, dimana kini Samsung mengambil penggunaan jenama ATIV untuk komputer Windows mereka.

Sebelum ini, Samsung menggunakan jenama “Series” untuk komputer Windows, manakala ATIV hanya digunakan pada telefon pintar Windows Phone. Semestinya dengan menyelarikan penggunaan nama, ia akan memudahkan pemasaran mereka, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna mengetahui apakah sistem operasi disebalik sesuatu peranti.

Pada masa yang sama, penggunaan jenama ATIV juga mungkin memberi penjenamaan yang lebih kukuh dan menarik untuk komputer Windows mereka, berbanding “Series” yang digunakan sebelum ini.

Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, pihak Samsung turut sama memperkenalkan dua komputer riba baru, iaitu ATIV Book 5 dan juga ATIV Book 6.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd