Kini Anda Boleh Cuba Ubuntu 13.04 Terus Pada Pelayar Web

Kini Anda Boleh Cuba Ubuntu 13.04 Terus Pada Pelayar Web

Diterbitkan pada Apr 26, 2013 oleh .

Semalam, pembangun Ubuntu telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka, Ubuntu 13.04 Raring Ringtail, membolehkan semua pengguna seluruh dunia memuat-turunnya secara percuma dan menggunakannya pada komputer masing-masing.

Ubuntu 13.04 Online

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin memasangnya pada komputer, dan hanya ingin melihatnya secara ringkas bagaimanakah ia berfungsi, mungkin boleh mengujinya terus melalui pelayar web.

Untuk tujuan ini, pihak pembangun Ubuntu menyediakan halaman khas, membolehkan pengguna mengujinya terus pada sebarang pelayar web, dan melihat beberapa fungsi baru yang dibawakan melalui sistem operasi tersebut.

Apa pun, seperti biasa pengalaman penggunaannya bergantung kepada kelajuan dan kepantasan sambungan internet anda.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh melayari laman khas yang disediakan oleh Ubuntu, dan mencuba Ubuntu 13.04 terus pada pelayar web anda.


TIPS & ULASAN