Samsung Terus Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Telefon Mudah-Alih

Samsung Terus Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Telefon Mudah-Alih

Diterbitkan pada Apr 26, 2013 oleh .

Perang antara pengeluar peranti mudah-alih terus berterusan, dan diantaranya, Samsung masih kekal pendahulu, dengan laporan pihak IDC mengatakan pada suku pertama 2013 sahaja pihak Samsung telah mengeluarkan lebih 115 juta unit telefon mudah-alih mereka.

Pada tempat ketiga adalah Nokia dengan 61.9 juta unit, pihak Apple 37.4 juta unit dan pada tempat ke empat adalah LG dengan 15.4 juta unit.

IDC - Telefon Mudah-Alih

Apa yang menariknya, angka peranti daripada Samsung mendahului pelbagai pengeluar lain, dan walaupun angka daripada Nokia, Apple dan LG digabungkan, ia masih tidak mendahului pihak Samsung.

Perkara ini juga turut sama membolehkan pihak Samsung terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pengeluar peranti mudah-alih, terutamanya dalam arena telefon pintar.

Memandangkan angka yang dikeluarkan ini adalah sebelum antara Januari hingga Mac 2013, maka ia tidak menyertakan angka jualan Samsung Galaxy S4 mereka yang dilancarkan baru-baru ini.

Mungkinkah dengan Galaxy S4, mereka akan terus mengukuhkan kedudukan dalam arena telefon pintar, sekaligus meninggalkan pihak Apple jauh dibelakang?


TIPS & ULASAN