Aplikasi PRU.MY Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Aplikasi PRU.MY Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Apr 26, 2013 oleh .

Dengan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi, pelbagai aplikasi telah dilancarkan, dan terkini salah satu aplikasi yang dibangunkan bersama oleh kami dan TeratoTech adalah PRU.MY.

Berbeza dengan kebanyakkan aplikasi, melalui aplikasi PRU.MY ini ia lebih difokuskan untuk mendapat maklumbalas dan pandangan rakyat berkenaan sesuatu isu, bukan sahaja mengenai topik umum, tetapi juga turut memfokuskan untuk sesuatu lokasi dan sebagainya.

PRU.MY iOS

Boleh dikatakan ia masih pada peringkat awal, dan lebih banyak soalan akan ditambah dalam masa sehari dua lagi. Versi Android untuk aplikasi tersebut juga akan dilancarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Jadi, bagi anda yang menggunakan iOS, mungkin boleh memuat-turun aplikasi PRU.MY ini hari ini, dan sekiranya mempunyai sebarang maklumbalas, jangan lupa untuk meninggalkan komen dibawah.

Muat-Turun Aplikasi PRU.MY untuk iOS


TIPS & ULASAN