Cari @ Amanz

Pelbagai pengeluar memfokuskan kepada peranti yang kalis air dan debu, terutamanya pihak Sony. Nampaknya, Samsung tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut, dimana kini ia dilaporkan mereka akan hadir dengan salah satu versi Galaxy S4 yang membawakan rekaan kalis air dan debu tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S4

Peranti ini dikatakan dikenali sebagai Galaxy S4 Active buat masa ini. Rekabentuk semasa Galaxy S4 dikatakan akan dikekalkan, dan dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Julai kelak.

Apa pun, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti tersebut akan diperkenalkan ke semua negara atau akan hanya diterhadkan untuk beberapa buah negara sahaja.

Selain daripada itu, menurut WSJ juga, pihak Samsung turut akan memperkenalkan Galaxy S4 Mini sekitar bulan Julai yang mana dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.3-inci.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd