Samsung Galaxy S4 Mula Dijual Oleh Celcom, DiGi, Maxis dan UMobile

Samsung Galaxy S4 Mula Dijual Oleh Celcom, DiGi, Maxis dan UMobile

Diterbitkan pada Apr 27, 2013 oleh .

Hari ini, Samsung Malaysia bersama-sama dengan rakan syarikat telekomunikasi tempatan telah pun melancarkan dan mula menjual telefon pintar terbaru mereka, Samsung Galaxy S4. Peranti tersebut dijual pada harga RM2199 di Malaysia, dan ditawarkan pada pelan dan pakej khas daripada setiap syarikat telekomunikasi.

Celcom - Galaxy S4

DiGI - Galaxy S4

Maxis - Galaxy S4

Samsung Galaxy S4 dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.99-inci (resolusi 1080×1920 pixel), kamera belakang 13-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM dan juga menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa. Ia turut menggunakan Android 4.2 Jelly Bean serta dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz pada ia.

Di Malaysia, peranti ini ditawarkan oleh Celcom, DiGi, Maxis dan juga UMobile, selain beberapa pengedar Samsung turut menawarkannya.

Kami akan cuba membawakan pandang pertama Samsung Galaxy S4 dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN