Dengan Google I/O yang semakin hampir, ramai yang menantikan pengenalan versi Android terbaru daripada Google. Sebelum ini ramai yang menjangka Google bakal memperkenalkan Android 5.0 pada acara tersebut, tetapi mengikut beberapa laporan awal, mungkin perkara berbeza akan berlaku.
Menurut Android Police, mereka telah mula melihat beberapa aktiviti pelayaran web menggunakan Android 4.3 pada log pelayan mereka, sekaligus hadir dengan spekulasi ini. Sekiranya benar, maka mungkin kita akan melihat penggunaan nama kod yang sama seperti dua versi sebelum ini, iaitu “Jelly Bean”, serta hanya membawakan kemaskini kecil dengan beberapa penambahan fungsi sahaja pada ia.
Selain itu, sebelum ini juga beberapa desas-desus mengatakan Key Lime Pie mengalami sedikit penangguhan dan mungkin tidak bersedia pada Google I/O kelak.
Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja, dan mungkin kita akan mendapat jawapan daripada pihak Google dalam masa kurang sebulan lagi.