Aplikasi InstaDeen Dilancarkan Untuk Pengguna iPhone

Aplikasi InstaDeen Dilancarkan Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Apr 28, 2013 oleh .

Mungkin pengguna sedia kenali akan beberapa aplikasi popular seperti InstaWeather, InstaPlace dan sebagainya. Kini, salah seorang pembangun tempatan turut hadir dengan salah satu aplikasi seumpamanya, tetapi memfokuskan kepada kandungan berunsurkan Islam, dinamakan sebagai InstaDeen.

InstaDeen

InstaDeen hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini, dimana ia membolehkan pengguna untuk menambah kandungan bercirikan Islamik pada gambar mereka sebelum ia dikongsikan ke laman sosial seperti Instagram dan juga Facebook.

Daripada beberapa pilihan yang disediakan, InstaDeen membolehkan pengguna untuk menambah ayat Al-Quran, Hadis dan beberapa perkara lain pada gambar mereka sebelum ia dikongsikan.

Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan secara percuma dan dioptimasikan untuk skrin iPhone. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri pada hari ini.

Muat-Turun Aplikasi InstaDeen untuk iPhone


TIPS & ULASAN