BlackBerry Hadir Dengan Beberapa Video Tutorial Untuk BlackBerry Q10

BlackBerry Hadir Dengan Beberapa Video Tutorial Untuk BlackBerry Q10

Diterbitkan pada Apr 28, 2013 oleh .

Di Malaysia, BlackBerry Q10 akan diperlihatkan pada hari Selasa ini, dan masih tidak diketahui bilakah ia akan mula dijual. Selain Malaysia, beberapa negara lain yang akan menerimanya dalam seminggu dua ini, dan sebagai persediaan, pihak BlackBerry telah menyediakan beberapa video tutorial untuknya.

BlackBerry Q10

BlackBerry Q10 merupakan peranti yang membawakan papan kekunci QWERTY fizikal, dan dijana menggunakan sistem operasi BlackBerry 10.

Bagi kebanyakkan pengguna BlackBerry, mungkin mereka nantikan peranti dengan kekunci fizikal ini, dan mungkin BlackBerry Q10 ini kelak akan menerima permintaan tinggi daripada para peminat peranti BlackBerry mahupun yang lain, apatah lagi pada hari ini boleh dikatakan peranti pintar dengan kekunci fizikal semakin berkurangan dengan lebih ramai beralih ke peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya.

Sementara menantikan ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia, mungkin bagi mereka yang berminat boleh menyemak beberapa video yang didatangkan dan melihatnya sendiri apakah yang bakal dibawakan oleh peranti berkenaan.


TIPS & ULASAN