Galaxy Note generasi ketiga disasarkan akan diperkenalkan sekitar September atau Oktober tahun ini, dan beberapa info awal kini mengatakan ia akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.99-inci, selain menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa.
Ura-ura ini turut sama mengatakan yang mana peranti phablet daripada Samsung ini kelak akan dijana menggunakan cip pemprosesan selaju 2.0GHz Exynos 5 Octa, selain turut dilengkapi dengan memori sebanyak 3GB RAM.
Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar ura-ura dan desas-desus awal sahaja. Sebelum ini, pihak Samsung turut sama telah hadir dengan keluarga peranti baru dinamakan sebagai Galaxy Mega yang mana hadir dalam dua variasi iaitu dalam saiz 5.8-inci dan juga 6.3-inci.
Membezakan dengan pelbagai peranti, keluarga Galaxy Note menyertakan sokongan S-Pen, memudahkan pengambilan nota, lakaran dan pelbagai perkara lain melaluinya.
Jadi, mungkinkah Galaxy Note 3 kelak hadir dengan skrin bersaiz hampir 6-inci?