Terdapat beberapa perisian untuk Windows yang membolehkan pengguna menikmati beberapa fungsi seumpama Mac OS X, dan terkini salah satu perisian ringkas yang menarik untuk Windows adalah BetterDesktopTool.
Perisian ini memfokuskan kepada menguruskan dan menjadikan penggunaan desktop yang lebih menarik, selain mana mudah digunakan.
Sebaik sahaja dipasang, ia akan membuka sebuah tetingkap khas untuk membolehkan pengguna membuat pelbagai tetapan kekunci pintas untuk membuat dan mengakses sesuatu fungsi. Menggunakan perisian ini juga pengguna boleh mengaktifkan sokongan Virtual Desktop, disamping mana melihat kesemua tetingkap yang dibuka pada waktu yang sama.
Jikalau dibandingkan dengan pelbagai perisian lain, boleh dikatakan BetterDesktopTool ini adalah salah satu perisian yang amat mudah digunakan, apatah lagi ia ditawarkan secara percuma untuk kegunaan peribadi.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri pada komputer anda hari ini.
- Muat-Turun BetterDesktopTool untuk Windows