Carian
Intel Bakal Memperkenalkan Cip “Haswell” Pada 4 Jun
April 29, 2013 Aman

Intel HaswellDengan arena dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, dunia pengeluaran cip turut mempengaruhi pengeluaran peranti dan sebagainya. Kini, setelah penantian sekian lama, pihak Intel mengesahkan mereka akan memperkenalkan cip keluarga “Core” generasi ke-empat mereka yang turut dikenali sebagai “Haswell” pada bulan Jun kelak.

Cip “Haswell” ini dikatakan akan memfokuskan lebih kepada ketahanan penggunaan bateri, pengurusan pemprosesan, serta prestasi grafik yang lebih baik. Untuk makluman, cip ini akan digunakan pada pelbagai jenis peranti, terutamanya pada komputer riba, ultrabook, desktop dan beberapa yang lain.

Dengan Intel yang menjanjikan ketahanan bateri yang lebih lama melaluinya, kita mungkin kelak akan dapat melihat masa penggunaan ultrabook yang lebih lama berbanding hari ini.

Bersama-sama dengan pengenalan pemprosesan terbaru mereka, berkemungkinan beberapa peranti turut sama akan diumumkan oleh rakan kerjasama mereka, sekaligus melihatnya di pasaran tempatan pada tahun ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Intel pada 4 Jun kelak.

Komen