Cari @ Amanz

Maxis Galaxy S$ LTESamsung Malaysia bersama-sama pihak Maxis telah pun mula menawarkan Galaxy S4 melalui pakej khas Maxis sejak daripada hari Sabtu yang lepas, dan menariknya kini melalui laman web Maxis, ia diperlihatkan Galaxy S4 versi LTE turut sama akan hadir tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S4 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung yang menyertakan pelbagai fungsi baru, dan dijana menggunakan Android pada ia.

Buat masa ini, tarikh pasti bilakah ia akan dilancarkan masih tidak diketahui. Namun, dengan promosi yang telah diperlihatkan oleh pihak Maxis, mungkin ia akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd