Adakah Nokia Bakal Memperlihatkan Tablet Windows Pada Bulan Mei Ini?

Adakah Nokia Bakal Memperlihatkan Tablet Windows Pada Bulan Mei Ini?

Diterbitkan pada Apr 29, 2013 oleh .

Nokia telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk sebuah acara khas pada 14 Mei kelak. Ramai yang membuat spekulasi Nokia akan hadir dengan peranti PureView berasaskan Windows Phone, tetapi menariknya, kini salah satu desas-desus mengatakan Nokia akan hadir dengan tablet pertama mereka.

Tablet tersebut dikatakan akan bersaiz sekitar 10.1-inci dan dijana menggunakan cip pemprosesan 1GHz dan juga memori sebanyak 1GB RAM. Ia tidak diketahui lagi sama ada tablet tersebut akan menjalankan Windows RT ataupun Windows 8.

Daripada spesifikasi yang diperkatakan, boleh dikatakan ia agak rendah, dan tidak diketahui sepenuhnya mengenai kesahihan ia buat masa ini.

Desas-desus mengenai tablet Nokia telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, malah Nokia sendiri memegang beberapa paten dan hak cipta untuknya.

Adakah kita akan melihat ia pada bulan Mei ini, ataupun ia hanya sekadar sebuah ura-ura sahaja?


TIPS & ULASAN