Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah mengambil Meebo, salah satu penyedia aplikasi tambahan untuk pembangun web, memudahkan pengguna berinteraksi dan sebagainya. Namun, setelah beberapa bulan membiarkan perkhidmatan tersebut berjalan, kini diumumkan Meebo Bar akan dimatikan pada bulan Jun ini.

Meebo Bar telah diperkenalkan sekitar lima tahun yang lepas, membolehkan pembangun web menambah sebuah bar pada web mereka, memudahkan pengguna untuk berinteraksi dan berkongsi ke laman-laman sosial.

Ia dikatakan dengan menghentikannya, Google akan lebih memfokuskan kepada laman sosial mereka, Google+ dan juga beberapa fungsi tambahan seperti Google+ Plug-ins dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd