WinRAR 5.0 Beta Hadir Untuk Windows, Mac Dan Linux

WinRAR 5.0 Beta Hadir Untuk Windows, Mac Dan Linux

Diterbitkan pada Apr 29, 2013 oleh .

Dalam pelbagai perisian komputer, salah satu yang popular dan digunakan ramai adalah WinRAR, dan hari ini mereka telah mengeluarkan versi pembangunan terbaru perisian mereka, iaitu WinRAR 5.0 Beta untuk pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Seperti biasa, mereka menambah baik sokongan untuk fail berbentuk arkib. Salah satu perubahan drastik yang dibawakan adalah sokongan format baru, dinamakan sebagai RAR 5.0. Melaluinya, pengguna boleh mengarkib dengan lebih baik lagi, tetapi salah satu kekurangan yang boleh dikatakan adalah dimana ia memerlukan pengguna yang menerimanya juga menggunakan perisian WinRAR 5.0 Beta, dan tidak sesuai untuk versi sebelumnya.

Baca : Perubahan Penuh WinRAR 5.0 Beta

Bagi pengguna yang berminat boleh memuat-turun WinRAR 5.0 Beta hari ini, dan mencubanya pada komputer masing-masing sebelum versi akhirnya diperkenalkan dalam masa terdekat.

Muat-Turun WinRAR 5.0 Beta


TIPS & ULASAN