OS X 10.9 Dikatakan Akan Menyertakan Sokongan Multi-Tasking Seumpama iOS

OS X 10.9 Dikatakan Akan Menyertakan Sokongan Multi-Tasking Seumpama iOS

Diterbitkan pada Apr 29, 2013 oleh .

Pada WWDC 2013 kelak, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah pengumuman berkaitan dengan sistem operasi OS X terbaru daripada Apple, iaitu OS X 10.9. Mengikut tradisi sebelum ini, Apple dijangka akan membawakan rekaan dan fungsi selari antara OS X dan juga iOS, sekaligus memudahkan pengguna menggunakan kedua-dua platform daripada Apple.

OS X 10.8 Mountain Lion

Mengikut ura-ura terbaru, OS X 10.9 kelak dikatakan akan membawakan perubahan pada Finder. File Explorer dikatakan akan membawakan sokongan tab, memudahkan pengguna beralih daripada satu folder ke yang lain.

Disamping itu, ia turut dikatakan OS X 10.9 turut akan menyertakan sokongan multi-tasking baru yang mengambil inspirasi daripada iOS, dimana aplikasi yang berjalan dilatar akan dihentikan seketika seumpama pada iPhone dan juga iPad. Perkara ini sekaligus akan menjimatkan penggunaan tenaga, dan membawa kepada masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Buat masa ini, Apple masih senyap berkenaan dengan OS X versi terbaru mereka. Sekiranya spekulasi ramai benar, mungkin kita akan dapat melihat pengumuman OS X 10.9 pada bulan Jun ini.


TIPS & ULASAN