Google Now Hadir Untuk iOS Melalui Aplikasi Google Search

Google Now Hadir Untuk iOS Melalui Aplikasi Google Search

Diterbitkan pada Apr 29, 2013 oleh .

Google Now merupakan salah satu aplikasi dan fungsi pada Android yang diminati ramai. Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, hari ini Google membawakan fungsi tersebut untuk pengguna iOS melalui aplikasi Google Search mereka.

Google Now iOS

Google Now menarik informasi daripada pelbagai perkhidmatan Google seperti Google Calendar, GMail, dan sebagainya, memudahkan mereka melihat sesuatu info ketika anda memerlukannya. Walaubagaimanapun, bukan semua fungsi card yang didatangkan untuk pengguna iOS buat masa ini.

Walaubagaimanapun, untuk iOS, sokongan tersebut hanya boleh diakses melalui aplikasi Google Search sahaja, sekaligus memberikan anda lebih sebab kenapa anda perlu menggunakan aplikasi berkenaan. Selain itu, data yang dipaparkan melalui sokongan Google Now adalah lebih menarik berbanding Siri, memandangkan data dan info tersedia untuk anda tanpa perlu tanya sebarang perkara berkenaan dengannya.

Apa pun, bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Search dan menikmati fungsi Google Now ini hari ini pada iPhone dan juga iPad.

Muat-Turu Aplikasi Google Search untuk iOS


TIPS & ULASAN