Carian
Microsoft : Jangan Gaduh Antara Android Dan iOS – Berpindah Ke Windows Phone
April 29, 2013 Aman

Android dan iOS gaduh, Windows Phone tepuk tanganMicrosoft telah mengiklankan Windows Phone mereka beberapa kali sebelum ini, dan menariknya konsep iklan mereka yang terkini memfokuskan mereka sebagai alternatif untuk dua platform popular – iOS dan juga Android.

Seperti semua sedia maklum, pengguna Android dan iOS, terutamanya pengguna Galaxy S dan juga iPhone sering dibandingkan antara satu sama lain, dan nampaknya Microsoft memfokuskan perkara ini pada iklan terbaru mereka.

Selain memberi idea fungsi seperti NFC dan juga carian suara yang turut terdapat pada Windows Phone, Microsoft mengatakan melalui iklan tersebut, tidak perlu bergaduh dan pengguna boleh bertukar ke platform Windows Phone sebagai alternatif untuk kedua-duanya.

Jadi, apa kata anda mengenai iklan terbaru ini? Adakah Microsoft mampu menarik pengguna melaluinya?

Komen