Left 4 Dead 2 Akan Hadir Dalam Bentuk Beta Untuk Linux

Left 4 Dead 2 Akan Hadir Dalam Bentuk Beta Untuk Linux

Diterbitkan pada Apr 30, 2013 oleh .

Left 4 Dead 2 adalah antara permainan popular dikalangan ramai pengguna, dan kini nampaknya ia akan hadir ke platform Linux pada minggu ini dalam bentuk beta, membolehkan mereka menikmati permainan tersebut pada komputer berasaskan Linux.

Permainan tersebut kelak akan ditawarkan melalui Steam untuk Linux, dimana menurut pembangunnya, versi untuk Windows dan juga Mac juga akan dikemaskini dengan beberapa fungsi baru, salah satunya adalah “Extended Mutation System”.

Perkara ini mungkin agak mengembirakan para pemain Linux, sekaligus memberikan idea lebih banyak permainan menarik akan hadir ke platform tersebut tidak lama lagi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pelancaran versi beta permainan tersebut untuk Linux pada minggu ini.


TIPS & ULASAN