Cari @ Amanz

Setelah dilancarkan untuk iOS sebelum ini, kini aplikasi PRU.MY turut sama hadir untuk pengguna Android, membolehkan mereka mengikuti pelbagai kemaskini semasa dan menyatakan pendapat mereka berkenaan sesuatu isu terus dengan mudah melalui peranti Android mereka.

PRU.MY Android

Sama seperti versi iOS, ia menggunakan fungsi wrapper, dimana secara asasnya ia merupakan versi mobile untuk laman PRU.MY. Jadi, sekiranya anda menggunakan peranti Blackberry mahupun Windows Phone, masih boleh mengakses dan menggunakannya tanpa sebarang masalah melalui pelayar web mudah-alih pada peranti masing-masing.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi PRU.MY ini terus daripada Google Play hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd