iOS 7 Dilaporkan Akan Membawakan Rekaan Yang Mendatar

iOS 7 Dilaporkan Akan Membawakan Rekaan Yang Mendatar

Diterbitkan pada Apr 30, 2013 oleh .

Apple telah sekian lama tidak memberikan kemaskini kepada rekaan sistem operasi iOS. Mengikut laporan awal, iOS 7 yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini dikatakan akan membawakan kemaskini rekabentuknya, dimana akan mengimplementasikan rekaan yang mendatar seumpama pada Windows Phone dan juga Android.

Selain daripada rekaan yang mendatar, ia juga dikatakan Apple akan mengimplementasikan beberapa sokongan asas untuk gesture, sekaligus memudahkan pengguna mengendalikan peranti mereka.

Sebelum ini, ramai pengguna iOS yang inginkan perubahan pada antaramuka platform tersebut setelah sekian lama tidak membawakan sebarang perubahan. Dengan beberapa laporan awal ini, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal disertakan oleh pihak Apple pada iOS 7 mereka kelak.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Apple berkenaan dengan iOS pada WWDC 2013 bulan Jun kelak.


TIPS & ULASAN