Dengan sokongan 4G LTE
Lanjutan daripada pelancaran BlackBerry Z10 sebelum ini, hari ini pihak BlackBerry Malaysia turut sama memperlihatkan peranti BlackBerry 10 dengan papan kekunci fizikal mereka, iaitu BlackBerry Q10. DI Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM2388.
BlackBerry Q10 akan turut sama ditawarkan melalui pakej telekomunikasi oleh Celcom dan juga Maxis, dan akan dijual bermula 15 Mei kelak. Pra-tempahan daripada Celcom dijangka akan bermula pada 8 Mei 2013 ini.
Sama seperti BlackBerry Z10, Q10 turut dilengkapi dengan pelbagai sokongan BlackBerry 10, seperti BlackBerry Hub, Peek, dan pelbagai yang lain. Ia membawakan skrin sedikit kecil dan disesuaikan untuk peranti dengan kekunci fizikal QWERTY.
Kami akan cuba membawakan pandang pertama peranti ini dalam masa terdekat.