Adakah Google Dan Samsung Akan Hadir Dengan Nexus 11?

Adakah Google Dan Samsung Akan Hadir Dengan Nexus 11?

Diterbitkan pada Apr 30, 2013 oleh .

Dengan Google I/O yang akan diadakan pada bulan hadapan, semestinya ramai yang menantikan apakah peranti-peranti baru yang bakal diumumkan oleh Google dan rakan kerjasama mereka. Mengikut ura-ura baru, selain daripada Nexus 4 dan Nexus 7 yang dinaik-taraf, Google juga mungkin memperkenalkan Nexus 11 pada acara tersebut.

Samsung Nexus 10

Mengikut desas-desus awal yang kedengaran, tablet yang akan dibangunkan oleh Samsung itu dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan empat-teras, serta membawa skrin bersaiz 11-inci Super PLS TFT, kamera belakang 8-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan.

Selain Nexus 11, ia juga dikatakan Samsung akan hadir dengan tablet yang serupa tetapi menggunakan cip pemprosesan berbeza dan juga menyertakan antaramuka TouchWiz dan mungkin dikenali sebagai Galaxy Tab 11.

Apa pun, buat masa ini ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan mungkin kita akan mendapat jawapan sebenar dalam masa kurang sebulan lagi.


TIPS & ULASAN