Cari @ Amanz

Dengan Pilihanraya Umum yang ke-13 bakal menyusul tidak lama lagi, semestinya ramai yang ingin mengikuti apakah yang ditawarkan oleh sesuatu parti bertanding untuk Malaysia. Untuk memudahkan anda, salah satu aplikasi yang berguna adalah Manifesto PRU 2013 untuk iPad.

Manifesto PRU 2013

Manifesto PRU 2013

Melaluinya, ia membolehkan pengguna untuk memuat-turun manifesto daripada pihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, dan mengaksesnya daripada iPad anda.

Untuk makluman, fail PDF untuk manifesto ini ditawarkan secara percuma melalui laman web setiap parti yang bertanding, dan melalui aplikasi ini, ia berfungsi untuk memudahkan proses mendapatkannya, selain mana membolehkan anda menyimpannya untuk rujukan masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd