AppArchitect Membolehkan Anda Membangunkan Aplikasi iPhone dan iPad Dengan Mudah

AppArchitect Membolehkan Anda Membangunkan Aplikasi iPhone dan iPad Dengan Mudah

Diterbitkan pada Apr 30, 2013 oleh .

Pada hari ini, mungkin semua mempunyai idea mereka tersendiri dan ingin membangunkan aplikasi untuk iPhone atau iPad. Membangunkannya mungkin agak sukar, dan untuk memudahkan serta membuat beberapa aplikasi ringkas, salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menarik adalah AppArchitect.

AppArchitect

AppArchitect buat masa ini membolehkan pengguna untuk membuat aplikasi iPhone dan juga iPad dengan hanya drag-drop beberapa elemen, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja mencubanya walaupun tanpa pengetahuan berkenaan dengan pengaturcaraan.

Melaluinya, buat masa ini ia membolehkan pengguna untuk menambah teks, pautan, RSS, video YouTube, peta, butang perkongsian dan beberapa yang lain.

Sebaik sahaja selesai membangunkannya, pengguna boleh melihat bagaimana ia berfungsi terus pada peranti anda, ataupun terus menerbitkannya pada AppStore.

Bagi mereka yang ingin mencuba, mungkin boleh layari laman AppArchitect hari ini dan membangunkan aplikasi untuk web anda dan sebagainya.


TIPS & ULASAN